Terima kasih kerana ingin mengenali kami dan melawat laman portal Islam dan Melayu. Ismaweb.net adalah satu-satunya laman portal berita yang digerakkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk kepentingan Islam dan Melayu di Malaysia, diuruskan Media Isma Sdn Bhd beribu pejabat di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Media Isma Sdn Bhd adalah jenama kepelbagaian media yang dipacu oleh graduan baru dari universiti tempatan dan Timur Tengah. Kami, syarikat baharu yang melihat jurang jelas dan konsisten di pasaran media global, terutama bagi komuniti muslim.
Sehingga kini, di Malaysia belum ada usaha bersepadu untuk menyasarkan maklumat yang relevan dan bermanfaat, khusus kepada komuniti muslim, Melayu dan global.

Di samping itu, kami juga menawarkan beberapa perkhidmatan pakar, iaitu pasca video dan logistik profesional yang berkaitan dengan liputan media sosial dan pengiklanan.

Kami juga menyediakan ruang pengiklanan untuk menyokong perniagaan anda, sama ada dalam bentuk poster atau klip video dengan mengenakan caj paling minimum tiga bulan, enam bulan atau setahun, mengikut kedudukan iklan, saiz serta tempoh masa klip video.

Ismaweb.net memulakan operasi pada 2008 dinaiktaraf menjadi Portal Islam dan Melayu pada 2013, dikendalikan petugas yang antaranya berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia penulisan, kewartawanan dan persuratkhabaran.

Ismaweb.net terdiri daripada Pengarang Kanan, Pengarang dan Penolong Pengarang, selain dua wartawan, seorang jurukamera video serta seorang penyunting video – dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan dan penulisan.

Sekian. Ismaweb.net boleh mengubah apa-apa pernyataan di dalam laman ini atau memperkenalkan terma dan syarat baharu dari semasa ke semasa dan dalam hal ini kami akan menyiarkan versi terkini mengenai perubahan itu.

SEMENTELAHAN ANDA BERADA DI SINI, INGIN KAMI KATAKAN:

Semakin ramai yang mendapatkan maklumat dalam Ismaweb.net, namun, sebagaimana maklum kami adalah laman portal pertubuhan bukan kerajaan (NGO) – badan sukarela yang tidak berasaskan keuntungan – dan pada masa sama kami tidak menjana pendapatan atau keuntungan.

Harus diketahui bahawa Ismaweb.net beroperasi dalam iklim kewangan negara yang sangat mencabar ketika ini. Ismaweb tidak dimiliki oleh mereka yang kaya raya atau penderma, tiada pemegang saham, tiada pengiklan, mahupun jutawan yang memberi ‘arahan’ kepada Jabatan Editorial kami.

Tidak seperti portal-portal berita lain memperoleh dana daripada pengiklanan, Ismaweb.net tidak mempunyai Jabatan Pengiklanan. Yang ada hanya Jabatan Editorial. Kemerosotan yang begitu pantas sektor pengiklanan di dalam media menyebabkan kesannya turut tempias kepada kami yang sememangnya kurang pengiklan.

Pada masa sama, Ismaweb.net sebagai portal berita bebas, yang tiada campur tangan komersial atau politik, menggunakan banyak masa, wang dan kerja keras kakitangannya untuk terus memberi maklumat kepada anda, khusus berkaitan Islam dan Melayu.

Tetapi, dengan kekangan kakitangan seramai tujuh orang sahaja, Ismaweb.net tetap melakukannya kerana percaya kepada perspektif kami yang mungkin juga menjadi perspektif anda – Mengangkat Suara Umat.

Justeru, bagi mana-mana pihak yang membaca portal Ismaweb.net – berasa gembira dan puas hati – jika hendak menyalurkan apa-apa sumbangan kepada kami boleh berbuat demikian dengan menghantar e-mel kepada editor.ismaweb@gmail.com

Close
Close