Berita Utama

Polis tahan empat individu terlibat kes larikan lelaki di Alor Setar

Mangsa sudah ditemukan namun motif kejadian masih dalam siasatan

ALOR SETAR, 5 Syawal 1444H, Rabu – Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita secara berasingan semalam, dipercayai terlibat dalam kes melarikan seorang lelaki di hadapan sebuah hotel di Shahab Perdana di sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kesemua suspek berusia 39 hingga 43 tahun itu ditahan di lokasi sekitar Alor Setar, Changlun dan Jitra pada sebelah pagi dan malam tadi.

“Polis berjaya menahan seorang suspek lelaki berusia 43 tahun pada awal pagi semalam dan susulan tangkapan pertama itu telah membawa kepada tangkapan tiga lagi suspek termasuk seorang wanita yang didapati positif dadah antara 7 dan 9 malam.


Sementara itu, Ahmad Shukri berkata, mangsa lelaki berusia 27 tahun itu sudah ditemukan namun motif kejadian masih dalam siasatan.

Perbuatan melarikan lelaki itu tular dalam satu video berdurasi 41 saat di media sosial menunjukkan seorang lelaki ditarik dan ditolak masuk ke dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva oleh beberapa individu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button