Berita Utama

PN pilih calon PAS tanding DUN Tioman, umum esok

BANGI, 27 Rabiulakhir 1444H, Selasa – Perikatan Nasional (PN) Pahang akan mengumumkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Rabu ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Andansura Rabu berkata, PN Pahang memilih calon daripada PAS yang juga anak tempatan dari kawasan DUN itu.

“Kita sudah putuskan nama dan siapa calon baharu yang mana pengumuman untuk memperkenal calon dibuat esok,” katanya seperti dipetik media tempatan, hari ini.

Sabtu lalu, pengundian kerusi DUN Tioman ditangguhkan selepas calon PN, Md Yunus Ramli meninggal dunia di Hospital Rompin akibat komplikasi jantung.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pilihan Raya Umum (PRU) di DUN Tioman diadakan pada 7 Disember ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, penamaan calon bagi PRU kerusi terbabit ditetapkan pada 24 November ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember depan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button