KUALA LUMPUR, 30 Rabiulawal 1442H, Isnin – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter melanda Mindanoa, Filipina pada pukul 6.37 pagi ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berlaku kira-kira 18 kilometer (km) Timur Laut dari Bislig, Filipina pada kedalaman 36 km.
Bagaimanapun, kejadian gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.