Berita UtamaDunia

Wanita usia 28 tahun tembak kanak-kanak di sekolah Tennessee

Suspek bekas pelajar sekolah, motif sebenar belum diketahui

NASHVILLE, 6 Ramadan 1444H, Selasa – Seorang wanita berusia 28 tahun melepaskan tembakan di sebuah sekolah Kristian swasta di ibu kota Tennessee, mengorbankan tiga kanak-kanak dan tiga kakitangan dewasa.

Tembakan berkemungkinan disebabkan motif keganasan senjata api, berlaku pada waktu pagi, tidak lama selepas kelas bermula di The Convent School, di mana kebanyakan pelajarnya adalah kanak-kanak sekolah rendah.

Jabatan Polis Metropolitan Nashville mula menerima panggilan pada jam 10:13 pagi, pegawai melaporkan mendengar tembakan dari tingkat dua bangunan itu, kata jurucakap polis, Don Aaron kepada pemberita.

Dua pegawai menembak penyerang di kawasan lobi, dan dia disahkan meninggal dunia pada jam 10:27 pagi.

Ketua Polis, John Drake kemudiannya menggambarkan suspek sebagai seorang wanita berusia 28 tahun dari kawasan Nashville dan merupakan bekas pelajar di sekolah ini. 

Bagaimanapun identitinya tidak segera didedahkan kepada umum.

Tembakan besar-besaran telah menjadi perkara biasa di Amerika Syarikat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi penyerang wanita adalah sangat luar biasa.  

Hanya empat daripada 191 tembakan besar-besaran yang dikatalogkan sejak 1966 oleh The Violence Project, dilakukan oleh penyerang wanita. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button