Berita Utama

121 pasangan muslim bercerai setiap hari

Lima pasangan bercerai setiap sejam

KUALA LUMPUR, 5 Rabiulawal 1443H, Selasa – Mahkamah Syariah menerima purata sebanyak 121 permohonan perceraian setiap hari dari pasangan muslim di seluruh negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Mas Ermieyati Samsudin memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa kira-kira lima permohonan perceraian membabitkan pasangan muslim diterima Mahkamah Syariah seluruh negara dalam tempoh sejam.

Manakala bagi pasangan bukan Islam, Mas Ermieyati mengatakan bahawa rata-rata 18 permohonan perceraian direkodkan dalam sehari di seluruh negara.

“Semasa kita bercakap di Dewan ini, ada yang mengajukan penceraian. Ini adalah situasi semasa.

“Kami prihatin dengan hal ini, itulah sebabnya ada banyak sistem sokongan yang disediakan (kepada mereka).

“Banyak kementerian juga memainkan peranan mereka dalam memberikan sokongan psikologi dan sosial kepada pasangan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan mereka dalam menghadapi cabaran masa depan terutama mengenai perkara yang berkaitan dengan COVID-19,” katanya.

Mas Ermieyati berkata demikian sebagai jawapan balas kepada Noor Amin Ahmad (PH-Kangar) yang bertanyakan mengenai sokongan yang diberikan kepada pasangan setelah bercerai.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button