Dunia

Kadar kemasukan hospital akibat Omicron rendah berbanding Delta: Kajian

Individu yang dijangkiti Omicron, punya kadar sembuh lebih cepat

LISBON, 3 Rejab 1443H, Sabtu – Risiko kemasukan ke hospital adalah 75 peratus lebih rendah bagi individu yang dijangkiti varian Omicron COVID-19 berbanding Delta, lapor agensi berita Xinhua.

Individu yang dijangkiti Omicron, secara purata, mempunyai kadar kesembuhan lebih cepat dan risiko kematian lebih rendah, menurut kajian Lembaga Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Portugis (DGS) dan Institut Kesihatan Nasional Doutor Ricardo Jorge (INSA).

Faktor risiko menurut kajian itu adalah benar “tanpa mengira umur, jantina dan status vaksinasi pesakit”, dan juga tidak dipengaruhi sama ada individu berkenaan sebelum ini pernah dijangkiti COVID-19 atau tidak.

Penyelidikan itu dijalankan ke atas mereka yang tinggal di Portugal pada Disember 2021.

Bagaimanapun, pengkaji memberi amaran bahawa Omicron mempunyai keupayaan yang lebih besar menentang vaksinasi, dan menjadikannya sangat mudah merebak dan ini menjelaskan angka kes jangkitan yang tinggi.

Portugal telah mencatatkan lebih 47,199 kes baharu COVID-19 dan 50 lagi korban dalam tempoh 24 jam lepas, serta mengorbankan nyawa 20,127 orang sejak tercetusnya wabak itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button