Berita Utama

PRU dah tamat, cukuplah berpolitik

Rakyat mahu pemimpin bawa perubahan supaya Pahang terus maju

PEKAN, 3 Jamadilawal 1444H, Isnin – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan agar Kerajaan Negeri Pahang yang baharu dibentuk antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mengetepikan ideologi serta sentimen politik.

Kedua-dua parti gabungan yang telah bersetuju untuk membentuk kerajaan negeri itu, menurut Tengku Hassanal perlu meletakkan agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan selain menumpukan usaha ke arah membangun serta memajukan Pahang.

“Kini bukan lagi masa untuk berpolitik, cukuplah. Pilihan raya telah tamat dan kerajaan negeri telah dibentuk sekarang masa untuk bekerja. Dalam proses mencapai negeri maju, rakyat tidak mahu lagi melihat tuan, puan (wakil rakyat) terus berpolitik, mencari salah sana dan sini.

“Sebaliknya rakyat mahu, wakil rakyat yang duduk di kerusi kerajaan untuk membawa perubahan supaya Pahang terus maju ke hadapan,” titah Tengku Hassanal pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini.

Pada istiadat berkenaan wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang ke-15 bagi penggal kedua. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button