Berita UtamaDunia

Ruang udara Sudan masih kekal ditutup sehingga 30 Jun

Penerbangan bantuan kemanusiaan dikecuali daripada penutupan

KHARTOUM, 27 Zulkaedah 1444H, Jumaat – Ruang udara di Sudan masih ditutup susulan pertempuran hebat antara Tentera Darat dan kumpulan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF) masih berterusan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam berkata, ruang udara Sudan akan kekal ditutup kepada semua penerbangan sehingga 30 Jun.

Bagaimanapun, penerbangan bantuan kemanusiaan dan pemindahan akan dikecuali daripada penutupan tersebut.

Meskipun gencatan senjata dilakukan selama 24 jam kelmarin, namun pertempuran masih berlaku dan sekurang-kurangnya 11 orang awam terkorban di dua lokasi tembakan artileri di selatan Khartoum manakala enam lagi di timur negara itu.

Sejak pertempuran kedua-dua pihak tercetus pertengahan April lalu, lebih 1,000 orang awam terkorban dan ribuan yang lain cedera.

Malah, sepanjang pertempuran itu, tentera telah melakukan serangan udara terhadap RSF, yang kebanyakannya bertindak balas dengan tembakan antipesawat.

Sementara itu, Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) menjangkakan lebih 2.2 juta rakyat akan kehilangan tempat tinggal susulan konflik melanda negara itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button