Berita UtamaDunia

Pentadbiran Israel bergolak, wujud konspirasi pengkhianat dari dalam

MP Israel dakwa mustahil perisikan tak sedar serangan Hamas

TEL AVIV, 17 Rejab 1445H, Isnin – Seorang anggota Knesset (Parlimen Israel) mendakwa mungkin wujud ‘pengkhianat dari dalam’ di sebalik serangan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) pada 7 Oktober lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara, Tzvika Fogel menyifatkan mustahil perisikan Israel tidak menyedari apa yang akan berlaku pada awal serangan antara tentera dengan mujahidin Palestin.

“Kami menaiki kereta seorang saintis nuklear di Iran dan membunuhnya, namun kami tidak tahu apa yang berlaku di Semenanjung Gaza?,” katanya kepada akhbar Maariv.

Ahli Parlimen Israel itu berkata, siasatan mesti dilakukan berhubung peristiwa 7 Oktober.

“Sangat pelik, saya tidak tahu apa yang akan kita temui. Mungkin terdapat pengkhianat dalam atau sekumpulan orang yang tidak profesional.

“Apabila ketua Shin Bet (agensi keselamatan) mengatakan bahawa jawatankuasa penyiasatan mesti dibentuk, terdapat banyak pihak yang bimbang mengenai diri mereka dan bukannya masa depan negara,” katanya.

Menurutnya lagi, sekiranya teori konspirasi itu salah, keseluruhan unit dalam tentera dan generasi pemimpin perlu digantikan.

“Mereka tidak salah dalam pandangan mereka, mereka hanya tidak bertanggungjawab dan tidak profesional dan melakukan kesalahan kepada negara Israel.

“Saya lebih suka berfikir bahawa seseorang mengkhianati kita dari dalam.

“Saya tidak boleh menolak bahawa terdapat konspirasi di sini. Kami tidak boleh bersikap tidak bertanggungjawab, tetapi saya harap saya silap,” katanya.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button