Dunia

Empat lagi terbunuh, Israel serang kediaman 6 tingkat di Gaza

Serangan baharu jadikan angka korban meningkat kepada 25

GAZA, 20 Syawal 1444H, Khamis – Empat lagi rakyat Palestin terbunuh, manakala tujuh yang lain cedera dalam serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza untuk tiga malam berturut-turut.

Menurut sumber perubatan Palestin pada Khamis, serangan terbaharu berlaku ke atas bangunan kediaman enam tingkat di bandar Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza.

Sumber mengesahkan, mangsa terbabit serangan mengalami kecederaan ringan dan sederhana, manakala ada juga yang dilaporkan kritikal.

Kesemua mereka masih dirawat di Hospital Nasser di Khan Younis.

Korban bagi insiden terbaharu ini menjadikan jumlah kematian kepada 25 dan mangsa cedera meningkat 76 orang sejak permulaan serangan ganas Israel pada malam Selasa.

Terdahulu, pendudukan Israel mengebom dua rumah dan mengubahnya menjadi runtuhan – satu di bandar Beit Hanon di utara Gaza dan satu lagi di Khan Younis.

Jihad Islam di Palestin berkabung di atas kematian salah seorang komander tenteranya, Ali Ghali yang terkorban dalam serangan udara di Khan Younis.

Dalam satu kenyataan, tentera Zionis mendakwa, serangannya itu menyasarkan seorang komander Jihad Islam yang didakwa bertanggungjawab melakukan serangan roket ke arah Israel.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button