Berita Utama

PEMBELA jadi badan pendesak pertahan agama, bangsa dan tanah air

Perkasakan NGO-NGO Islam melalui latihan dan pendidikan

ALHAMDULILLAH, semalam selesai perjumpaan pertama PEMBELA Kebangsaan secara fizikal sejak ditubuhkan.

PEMBELA Kebangsaan ditubuhkan pada awal tahun 2021 di mana NGO-NGO Islam di setiap negeri seluruh Malaysia bangkit bersatu dalam Kes Kalimah Allah 2.0.

Tanggal 29 Mac 2021, sejarah tercipta ketika masing-masing hadir ke pejabat Majlis Agama Islam di negeri masing-masing secara SERENTAK menyerahkan memorandum sokongan agar Sultan-Sultan dan Agong selaku Ketua Agama bertindak secara tegas.

Begitulah suci dan murninya penubuhan PEMBELA Kebangsaan di mana masing-masing tidak pernah kenal antara satu sama lain tetapi mampu bersatu dalam agenda membela agama.

Walaupun sudah lebih setahun kita hanya berkomunikasi secara maya dan TIDAK PERNAH BERJUMPA, tetapi banyak agenda dapat digerakkan dengan jayanya secara strategik dan berkoordinasi.

Perjumpaan kali ini bertumpukan untuk menstrukturkan gerak kerja di negeri masing-masing berdasarkan kekuatan dan kelebihan NGO-NGO gabungan yang terlibat dan masyarakat setempat.

Memang terbukti, jika sesuatu isu yang membabitkan kepentingan agama, bangsa dan tanah air itu dikumandangkan di semua negeri secara serentak oleh NGO-NGO tidak berpartisan seperti mereka ini telah ‘menggegarkan’ para penguasa.

Bagi kami dari Sekretariat PEMBELA Pusat pula, kita telah membentangkan pelan tindakan (blueprint) bagi BMF 2.0, Aktivisme Belia dan Wanita dan perang saraf media kepada para perwakilan yang hadir untuk diaplikasikan dalam konteks negeri masing-masing.

Ini antara teras utama PEMBELA untuk memperkasakan NGO-NGO Islam melalui latihan dan pendidikan bagi menjadi badan pendesak yang berkesan di pelbagai peringkat bagi agenda membela agama, bangsa dan tanah air.

Terima kasih kepada yang hadir dari jauh untuk duduk sejenak memikirkan mengenai umat yang tercinta bersama-sama.

InsyaAllah, kami di pusat akan turun ke negeri-negeri pula untuk berjumpa dengan para aktivis !

Allahuakbar!

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
5 Jun 2022

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button