Berita UtamaDunia

Akibat serangan Zionis, 2 juta penduduk Gaza alami darurat kesihatan

18 pam air kumbahan rosak, perkhidmatan elektrik terhenti

GAZA, 10 Zulkaedah 1442H, Isnin – Rejim pengganas Israel bertindak melancarkan serangan di kawasan serta infrastruktur orang awam di Semenanjung Gaza.

Serangan itu mengakibatkan kerosakan jalan berturap dan infrastuktur lain termasuk stesen rawatan kumbahan Gaza.

Sebanyak 18 pam air kumbahan rosak manakala stesen rawatan kumbahan itu tidak dapat berfungsi mengakibatkan kakitangannya tidak dapat meneruskan kerja-kerja di kawasan terbabit.

Selain itu, syarikat perkhidmatan elektrik Gaza baru-baru ini mengumumkan bahawa perkhidmatan bekalan elektik akan terhenti seketika kerana kekurangan bahan bakar yang digunakan bagi menjana elektrik.

Perkara itu disebabkan Israel melarang mereka untuk membawa masuk bahan bakar yang diperlukan.

Dengan kapasiti bekalan elektrik yang terhad akibat serangan jaringan elektrik oleh Israel, air kumbahan terpaksa dialirkan ke laut.

Susulan daripada itu, hampir dua juta penduduk Palestin di Gaza kini menghadapi darurat kesihatan yang serius.

Sementara itu, keadaan di kem pelarian Palestin menjadi lebih teruk, di mana penduduk di sana mengalami kekurangan air bersih dan keadaan kesihatan yang buruk sejak sekatan Israel selama lebih dari 15 tahun.

Hal itu membawa kepada peningkatan penyakit di kalangan penduduk. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button