Uncategorized

Tanah Rizab hak mutlak orang Melayu, mesti dipertahankan!

Tanah yang dijual harus diganti baru dengan nilai yang sama

Oleh Fazleen Safina

BANGI, 27 Jamadilakhir 1442H, Selasa – Sekiranya benar terdapat penyelewengan membabitkan Tanah Rizab Melayu di Sitiawan, Perak – yang didakwa sudah berpindah milik kepada bukan Melayu – tindakan keras mesti dikenakan terhadap pengkhianat berkenaan.

Pihak berkuasa harus bersikap tegas sama ada menarik balik, menukar semula status pemilikan kepada Tanah Rizab Melayu atau memastikan tanah itu hanya berpindah milik sesama Melayu.

Namun, jika ada kepentingan negara dan masyarakat secara umum yang ‘dikira penting’, maka tanah yang dijual itu harus diganti kepada yang baru dengan nilai yang sama.

Demikian saranan Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Haji Rashidi Haris mengulas dakwaan mengatakan 641.6 hektar Tanah Rizab Melayu di mukim Sitiawan, Daerah Manjung, Perak bertukar milik kepada orang Cina sejak tahun 2005.

Sebelum ini, Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman mendakwa, tanah tersebut dipecah kepada 317 lot dengan 100 peratus dimiliki orang bukan Melayu dan kini menjadi ladang kelapa sawit.

Beliau menegaskan, pindah milik terhadap tanah yang asalnya digazetkan sebagai Rizab Tanah Melayu pada 7 Januari 1930 itu bercanggah dengan enakmen dan Akta Kanun Tanah Negara 1965.

Mengulas perkara itu, Haji Rashidi tidak menolak kemungkinan perkara ini berlaku kerana sikap orang Melayu sendiri yang tidak bersungguh-sungguh menjaga peruntukan yang ditinggal oleh moyang kita, supaya tanah Melayu ini tidak tergadai semuanya.

Beliau berkata, mempertahankan Tanah Rizab Melayu ini sama seperti kita mempertahankan tanah air kita.

“Tujuan diperuntukkan tanah-tanah tertentu di dalam negara sebagai Tanah Rizab Melayu adalah supaya jangan sampai orang Melayu tidak mempunyai tanah.

“Semua bangsa apabila memerintah sesebuah negara, pasti bangsa itu mendominasi majoriti tanah, ini lumrah sama seperti bangsa Cina di negara China atau bangsa India di negara India.

“Berlainan pula di Malaysia, orang Melayu yang dikatakan penduduk asal kelihatannya semakin hari semakin kehilangan tanahnya terlepas kepada bangsa lain bukan Melayu,” dakwa

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button