Berita UtamaUtama

Mesej pesakit lari dari Hospital Pulau Pinang palsu

Lelaki yang namanya ditularkan buat laporan polis

GEORGE TOWN, 2 Syaaban 1441H, Jumaat – Polis menafikan satu maklumat yang ditularkan, mengenai kononnya seorang lelaki berusia 36 tahun pesakit COVID-19 yang tinggal di Taman Nusantara, di sini, melarikan diri daripada Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP, Soffian Santong berkata, siasatan polis mendapati mesej yang tular itu adalah palsu.

“… malah lelaki yang namanya ditularkan menerusi mesej itu juga telah membuat laporan polis yang dia tidak dijangkiti COVID-19 atau menerima rawatan di HPP,” katanya.

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut, termasuk berusaha mengesan pihak yang menyebarkan mesej palsu itu dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker