Berita UtamaUtama

COVID-19: 1 lagi kematian, keseluruhan 24

Mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia awal Mac lepas

KUALA LUMPUR, 2 Syaaban 1441H, Jumaat – Satu lagi kematian akibat COVID-19 di lapor di Malaysia menjadikan jumlah kumulatif kini 24 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, kes kematian ke-24 itu merupakan seorang lelaki warga Malaysia berusia 35 tahun.

“Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal Mac lepas. Beliau mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac.

“Hasil ujian pengesahan COVID-19 didapati positif pada 20 Mac. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac (semalam) jam 9.30 malam,” katanya menerusi kenyataan dalam akaun Facebook rasminya, hari ini.

Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit, tambahnya. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker