AgamaPendapat

Apakah lebih baik dari Lailatul Qadar?

Rasulullah puji mereka yang jaga keselamatan ketika ummah ketakutan

1. SAMPAIKAN kepada rakan-rakan polis, askar dan semua petugas keselamatan bahawa Rasulullah memuji seorang Muslim yang mengawal keamanan rakyat dalam keadaan ummah ditimpa ketakutan. Sabda Rasulullah:

أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِلَيْلَةٍ أَفْضَلَ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ: حَارِسٌ حَرَسَ فِي أَرْضِ خَوْفٍ لَعَلَّهُ لاَ يَرْجِعُ إِلَى أَهْلِهِ

“Hendakkah kamu aku tunjukkan satu malam yang lebih baik dari Lailatul Qadar? (Iaitu malam) seorang lelaki yang berkawal pada malam yang menakutkan dan berkemungkinan dia tidak mampu pulang ke pangkuan keluarganya.” (HR al-Hakim & al-Baihaqi)

2. Perhatikan disini bagaimana Rasulullah memuji mereka yang menjaga keselamatan tanahair dalam keadaan ummah sedang dilanda kebimbangan dan ketakutan. Malah Rasulullah membayangkan kepada kita bahawa ganjaran yang diperolehi lebih besar dari malam Lailatul Qadar.

3. Hadis ini turut menjelaskan kepada kita bahawa keperluan rakyat itu lebih utama dari amalan ibadah atas keperluan peribadi. Dengan sebab itu Rasulullah bersabda dalam hadith yang lain:

(ولأن أمشي مع أخ في حاجة أحبُّ إليَّ من أن أعتكِف في هذا المسجد (يعني مسجد المدينة) شهرًا))

“Aku lebih suka untuk berjalan bersama saudaraku yang memerlukan daripada aku beriktikaf bersendirian selama sebulan di Masjid ini (iaitu Masjid Nabawi). (HR al-Tabrani)

4. Jelaslah disini bahawa mereka yang berjaga malam, mengorbankan nyawa dan masa mereka untuk kesejahteraan ummah akan beroleh ganjaran yang tidak ternilai di sisi Allah.

5. Mari kita doakan bersama agar Allah mengurniakan kesejahteraan buat anggota keselamatan serta petugas kesihatan yang berkorban untuk memastikan kesejahteraan bumi ini.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi
Universiti Sains Islam Malaysia

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker