Berita UtamaUtama

SSM dijangka lanjut tempoh penutupan operasi

Penutupan termasuk perkhidmatan kaunter, dalam talian, e-aduan

KUALA LUMPUR, 1 Syaaban 1441H, Khamis – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dijangka akan melanjutkan tempoh penutupan sementara operasinya di seluruh negara berikutan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April, 2020.

PKP tersebut dilaksanakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Dalam kenyataan, SSM berkata penutupan sementara operasi ini akan melibatkan perkhidmatan kaunter, dalam talian, e-aduan, kiosk dan perkhidmatan pusat panggilan SSM sehingga perintah kawalan berakhir.

“Semua transaksi di bawah Akta Syarikat 2016, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 perlu diserah simpan atau dikemukakan kepada Pendaftar selepas tempoh perintah kawalan berakhir.

“Tempoh moratorium selama dua minggu selepas tempoh perintah kawalan berakhir akan diberikan bagi membolehkan permohonan atau serah simpan di buat. Dalam tempoh moratorium tersebut, fi lewat serah simpan akan dikecualikan,” menurut SSM.

Katanya, syarikat yang ingin membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh mengadakan mesyuarat agung tahunan bagi tempoh melebihi enam bulan dari tahun kewangannya berakhir boleh mengemukakan permohonan tersebut selepas tempoh PKP berakhir.

Dalam pada itu, SSM berkata, ia akan sentiasa peka dan memantau perkembangan terkini mengenai wabak COVID-19 yang dikeluarkan oleh kerajaan dan memaklumkan kepada pihak awam berhubung keputusan membabitkan SSM.

“Operasi SSM akan kembali beroperasi seperti biasa selepas PKP berakhir dan tertakluk kepada arahan terkini yang dikeluarkan kerajaan,” menurut SSM.

Katanya maklumat lanjut akan menyusul di portal www.ssm.com.my dan laman media sosial SSM.
– Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker