Uncategorized

Zionis tangkap 31 rakyat Palestin di Tebing Barat

Israel mengaku konon tangkap mereka dikehendaki termasuk bawah umur

RAMALLAH, 29 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Tentera pengganas Israel menangkap 31 rakyat Palestin dalam serbuan tengah malam pada Rabu di Tebing Barat yang dijajah, menurut NGO Palestin. 

Persatuan Tahanan Palestin dalam satu kenyataan memaklumkan, bahawa kebanyakan mereka yang ditahan masih di bawah umur. 

Kebiasaannya, tentera Israel melakukan serangan di bandar-bandar Tebing Barat, dan mengaku menangkap rakyat Palestin yang kononnya dikehendaki – termasuk bawah umur. 

Sehingga kini, rejim Israel menahan sekitar 4,500 rakyat Palestin termasuk 37 wanita, 140 bawah umur dan 450 tahanan pentadbiran, menurut kenyataan rasmi Palestin.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button