Berita UtamaUtama

Solat hajat serentak esok mohon kesejahteraan hadapi COVID-19

Waktu sesuai selepas solat Zohor esok di tempat masing-masing

BANGI, 1 Syaaban 1441H, Khamis – Umat Islam diminta menyahut titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengadakan solat hajat khusus bagi menolak penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Yang di-Pertuan Agong menitahkan kepada beliau agar memberi cadangan melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara untuk kesejahteraan rakyat dalam menghadapi situasi terkini.

“Berdasarkan taakulan saya – dengan ilham daripadaNya – tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat serentak di seluruh negara adalah pada hari Jumaat (esok) pada 27 Mac 2020 selepas solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menitahkan Dr Zulkifli akan cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara pada hari yang akan ditentukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.

Semalam, Dr Zulkifli berkata menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar rakyat menunaikan solat di rumah atau tempat masing-masing bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19 di seluruh negara, sekali gus menangguhkan aktiviti masjid dan surau bagi mematuhi perintah kawalan itu.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker