Berita UtamaUtama

KPWKM wujudkan Talian Khas COVID-19

Beri sokongan psikologi kepada individu terkesan wabak

BANGI, 1 Syaaban 1441H, Khamis – Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mewujudkan Talian Khas COVID-19, bagi memberi sokongan psikologi kepada semua masyarakat yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, seramai 528 kaunselor dibawah Lembaga Kaunselor Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seluruh negara terbabit dalam talian khas kaunseling berkenaan.

“Pemanggil yang memerlukan perkhidmatan tele-kaunseling akan dipanjangkan kepada pegawai kaunselor yang berdekatan.

“Boleh bincang masalah berkaitan COVID-19 dan kesan Perintah Kawalan Pergerakan ini, bagi memastikan kesihatan mental rakyat Malaysia sentiasa stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Rina berkata, talian khas itu dibuka kepada mangsa dan waris COVID-19, petugas pusat kuarantin, hospital dan lain-lain individu yang terkesan akibat PKP.

Justeru, Rina turut menyarankan supaya mereka yang berhadapan dengan tekanan akibat situasi COVID-19 untuk menghubungi Talian Kasih dengan kadar segera.

“Perkongsian masalah dan khidmat tele-kaunseling diharapkan dapat membantu semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, wanita, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

“… Ia bagi mengelakkan lain-lain masalah sosial seperti penderaan dan keganasan rumah tangga dalam masyarakat berlanjutan sehingga boleh meningkatkan pelbagai risiko keselamatan.

Talian Khas COVID-19 boleh dihubungi di Talian Kasih 15999 serta talian aplikasi WhatsApp di 019-2615999.

Perkhidmatan ini beroperasi selama 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker