Berita UtamaUtama

Henti berpolitik, hargai petugas barisan hadapan

Ada segelintir pihak cuba salahkan kerajaan, ingkar arahan

BANGI, 1 Syaaban 1441H, Khamis – Masih ada segelintir pihak yang tidak matang dalam memberikan komentar berhubung usaha kerajaan menangani wabak pandemik COVID-19 di negara ini.

Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad, perkara itu dapat dilihat apabila masih jelas suara-suara sumbang di media sosial yang cuba menyalahkan kerajaan sehingga ada segelintir rakyat yang masih ingkar mengikuti arahan.

“Perlu diingat, semua individu di Malaysia amat berisiko tinggi untuk dijangkiti dengan wabak ini dan langkah pencegahan harus diberi perhatian secara total bukannya masa untuk berpolitik dan saling menyalahkan.

“Tambahan, dengan usaha pihak kerajaan melalui agensi utama seperti Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Angkata Tentera Malaysia telah digerakkan sepenuhnya.

“Hargai petugas barisan hadapan yang bekerja lebih masa dan antaranya melebihi 18 jam sehari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bukan itu sahaja, Kamaruzaman berkata, mereka yang berada di barisan hadapan turut berpisah dengan anak, isteri dan suami tersayang demi negara.

Mereka juga katanya turut merisikokan diri sendiri dengan jangkitan virus pandemik yang boleh membawa maut.

“Justeru itu, berhentilah berpolitik dengan tidak matang dan jangan sekali mengguris perasaan petugas yang banyak berkorban membantu di barisan hadapan,” kata Kamaruzaman.

Virus COVID-19 meragut satu lagi nyawa hari ini menjadikan jumlah kematian akibat virus itu di Malaysia setakat ini 21 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian daripada kes ke-1,588 itu melibatkan warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latar belakang penyakit kronik.

Difahamkan mangsa adalah peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker