Berita UtamaUtama

COVID-19: Terengganu tambah RM300,000 setiap DUN

Penerima antaranya peniaga kecil, buruh, petani, pemandu teksi

BANGI, 1 Syaaban 1441H, Khamis – Kerajaan Terengganu akan menambah RM300,000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pakej Rangsangan Terengganu Cakna Fasa Empat.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, insentif itu dibuat bagi mengurangkan beban rakyat Terengganu yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Ahmad Samsuri berkata, langkah itu bertepatan dengan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020.

“Kerajaan negeri merasakan untuk jangka masa yang lama, rakyat wajar diberi perhatian sepenuhnya terutama yang berpendapatan harian dan tidak tetap,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Ahmad Samsuri berkata, penerima insentif berkenaan adalah termasuk peniaga kecil, buruh, petani, peneroka, pemandu teksi dan pengusaha beca, yang akan dikenal pasti melalui Pusat Khidmat Masyarakat dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Saya yakin dan percaya kita mampu hadapi waktu yang genting ini secara bersama dengan kerjasama penuh daripada semua pihak terutamanya melalui pematuhan pihak berkuasa,” katanya.

Terdahulu, kerajaan Terengganu meluluskan peruntukan sebanyak RM6 juta sebagai insentif kepada golongan yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker