Berita UtamaUtama

COVID-19: Sultan Kedah titah rakyat jaga kesihatan

Ini masanya rakyat galas tanggungjawab bendung wabak

ALOR SETAR, 1 Syaaban 1441H, Khamis – Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah bersama Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff menitahkan rakyat supaya menjaga kesihatan berikutan penularan jangkitan COVID-19, ketika ini.

Baginda menasihatkan rakyat supaya sentiasa memastikan suasana sekeliling terutamanya persekitaran rumah berada dalam keadaan bersih dan terjaga.

“Selain itu, keraplah mencuci tangan dan menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) serta mengamalkan penjarakkan sosial,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman di sini, hari ini.

Titah sama turut dizahirkan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin; Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Arif dan Tunku Laksamana Kedah, Dato’ Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al-Aminul karim Sultan Sallehuddin. 

Pada masa sama, baginda turut bertitah agar rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini dan terus berada di rumah jika tidak mempunyai urusan penting atau hal kecemasan yang perlu diselesaikan.

“Diharapkan tiada mana-mana pihak berkumpul di luar rumah dan melakukan aktiviti sosial sepanjang tempoh tersebut bagi memastikan semua pihak berada dalam keadaan selamat. 

“Inilah masanya kita menggalas tangungjawab dan memainkan peranan masing-masing bagi membendung jangkitan wabak ini. 

“Janganlah melakukan pembelian panik kerana kerajaan memberi jaminan barangan keperluan mencukupi dan paling penting, jangan sebarkan berita palsu,” titah baginda.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker