Berita Utama

Konflik parti Melayu dalam PN hanya untungkan MCA

UMNO-PAS-Bersatu hilang arah, prinsip perjuangan kerana kuasa

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 29 Safar 1442H, Sabtu – Pertelagahan yang berlaku di antara parti Melayu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN), hanya akan menguntungkan parti minoriti MCA.

Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Omar Kassim berkata, UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sepatutnya mengukuhkan kerjasama dan kekuatan politik Melayu.

Namun, beliau berkata, tiga parti Melayu tradisi itu seolah-olah hilang arah dan prinsip perjuangan kerana terlalu mengutamakan kuasa sehingga tidak sedar dipergunakan pihak lain.

“MCA mempunyai beberapa kerusi yang amat kecil di Parlimen, tetapi mereka boleh mendesak kehendak mereka kerana pertelagahan dalam parti-parti Melayu.

“Bagi saya, kerjasama dengan MCA atau mana-mana parti pun mesti berdasarkan prinsip Perlembagaan. 

“Sepatutnya jika MCA mahu bersama parti-parti Melayu, mereka perlu terima segala keputusan bukannya menjadi suara pendesak,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Melihat kepada ketidaktentuan politik yang berlaku dalam PN, beliau tidak menolak kemungkinan rakyat akan memilih parti Melayu lain, meskipun bukan ‘tradisi’ khususnya Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA).

“BERJASA adalah parti yang jelas menjunjung Perlembagaan dan memiliki prinsip jelas dalam membina watan berdaulat.

“Ini tidak, apabila sudah berkuasa, parti-parti Melayu ini lupa keutamaan mereka menegakkan keadilan beberapa isu termasuk kes Allahyarham Adib yang hanya diam sahaja,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button