Berita UtamaDuniaUtama

COVID-19: Palestin rekod kematian pertama

64 kes direkod sejak 5 Mac, 62 dari Tebing Barat

RAMALLAH, 1 Syaaban 1441H, Khamis – Palestin mencatatkan rekod kematian pertama akibat COVID-19 membabitkan seorang wanita warga emas berusia 60 tahun, lapor jurucakap Pihak Berkuasa Palestin, Ibrahim Melhem.

Beliau berkata, warga emas terbabit yang menghidap masalah kesihatan serius meninggal dunia di Tebing Barat yang diduduki.

“Anak perempuan serta menantunya turut disahkan dijangkiti wabak COVID-19 petang semalam,” katanya.

Jumlah kes COVID-19 di wilayah Palestin telah mencecah 64 sejak 5 Mac lepas yang mana 62 darinya di Tebing Barat manakala dua lagi di Semenanjung Gaza, kata Ibrahim.

“Palestin mesti mengikuti pengalaman perintis China dalam menyekat dan memerangi virus itu,” katanya.

Menurut data yang dikumpulkan Universiti Johns Hopkins yang berpangkalan di Amerika Syarikat, sejak virus baharu COVID-19 muncul di Wuhan, China pada penghujung tahun lalu, ia menjadi pandemik yang tersebar sekurang-kurangnya ke 172 negara.

Data itu juga menunjukkan lebih daripada 441,100 kes dilaporkan di seluruh dunia, dengan hampir 20,000 kematian dan lebih daripada 111,900 sudah sembuh. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker