Berita UtamaUtama

COVID-19: Malaysia catat kematian ke-21

Mangsa berusia 63 tahun, peserta himpunan tabligh Masjd Jamek Seri Petaling

BANGI, 1 Syaaban 1441H, Khamis – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kes kematian ke-21 akibat wabak COVID-19, hari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham  Abdullah berkata, kes kematian itu adalah kes ke-1558 membabitkan warganegara Malaysia berusia 63 tahun, dengan berlatarbelakangkan penyakit kronik.

“Beliau merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Noor Hisham berkata, mangsa yang telah mula mengalami gejala wabak berkenaan telah hadir menjalani saringan pada 22 Mac 2020.

Beliau berkata, berdasarkan hasil ujian pengesahan, mangsa didapati positif COVID-19 dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 23 Mac 2020.

“Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 4 pagi.

“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,” katanya.

Dalam sidang media semalam, Noor Hisham berkata, terdapat 172 kes baharu dilaporkan sehingga 12 tengah semalam menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 1,796 kes.

Berdasarkan siasatan awal, Noor Hisham berkata, daripada 172 kes baharu yang dilaporkan itu, 71 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling, manakala baki 101 kes masih dalam siasatan

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker