Berita UtamaUtama

COVID-19: 9 kakitangan positif, Raja Permaisuri mohon doa

Tiada siapa dibenarkan keluar bilik buat masa sekarang

KUALA LUMPUR, 1 Syaaban 1441H, Khamis – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah memaklumkan sembilan kakitangan Istana Negara disahkan positif jangkitan COVID-19.

Dalam laman sosial Instagram, Tunku Azizah memaklumkan, sepasukan anggota Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah ke Istana Negara, menjemput sebilangan kakitangan untuk dikuarantin.

“Semua kakitangan dibawa ke hotel untuk menjalani kuarantin secepat yang boleh. Prosedur yang akan mereka lalui adalah yang pertama mereka perlu menukar pakaian yang dipakai dengan pakaian yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan.

“Seterusnya setiap daripada mereka perlu melalui proses disinfeksi sebelum menaiki bas dan semua barangan peribadi mereka akan melalui proses disinfeksi.

“Akhir sekali mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan dan kumpulan ini akan menentukan bas mana yang akan mereka naiki,” tulis baginda.

Menurut Tunku Azizah, kumpulan pertama adalah mereka yang keputusan ujiannya negatif.

“Kumpulan kedua adalah mereka yang keputusan ujian ‘swab test’ (ujian kapas kesat) belum diterima dan kumpulan ketiga adalah mereka yang sudah mempunyai simptom seperti batuk, selesema dan demam.

“Ampun Tuanku.. setakat ini sudah sembilan orang positif. Di istana, hanya tinggal saya sekeluarga bersama tiga pembantu. Tiada siapa dibenarkan keluar bilik, tiada visitors (tiada pelawat), ya Allah selamatkan Malaysia.

“I was close contact with nine of them, please pray for us! (saya adalah kontak rapat dengan mereka, tolong doakan kami!). Kepada Allah berserah,” tulis baginda lagi.

Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri, kini menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari bermula semalam, selepas tujuh petugas Istana Negara dikesan positif COVID-19.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sudah menjalani saringan kesihatan dan pengesanan COVID-19 dan disahkan negatif.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengenal pasti punca jangkitan berkenaan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker