Berita UtamaDuniaPalestinUtama

COVID-19: 7 kes baharu di Gaza

Angka pesakit naik 71, 16 lagi telah pulih

GAZA, 1 Syaaban 1441H, Khamis – Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza mengesahkan bahawa sebanyak tujuh kes baharu wabak COVID-19 telah menjangkiti penduduk di kawasan pantai.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, kementerian itu berkata, mangsa bagi ketujuh kes itu bekerja sebagai pegawai keselamatan, di mana dua daripadanya mempunyai sejarah tiba dari Pakistan pada Sabtu.

“Ketujuh-tujuh pesakit diletakkan di pusat kuarantin khas dan tidak dibenarkan untuk bercampur dan berjumpa dengan sesiapa di luar,” katanya.

Kementerian itu juga berkata, tiada kes COVID-19 dicatatkan berpunca dari Semenanjung Gaza.

Terdahulu, seorang wanita Palestin pada Rabu terkorban akibat COVID-19, manakala dua ahli keluarganya yang dijangkiti wabak itu telah dipindahkan ke pusat kuarantin.

Setakat ini, seramai 71 warga Palestin telah dijangkiti COVID-19.

Sembilan daripadanya adalah penduduk di Semenanjung Gaza manakala 62 lagi di Tebing Barat.

Selain itu, seramai 16 warga Palestin dilaporkan telah pulih daripada wabak berkenaan. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker