Berita UtamaDuniaUtama

3 bilion penduduk dunia berkurung, lebih 20,000 maut

Dunia perlu bekerjasama hentikan penularan COVID- 19

MADRID, 1 Syaaban 1441H, Khamis – Rata- rata negara di seluruh dunia sedang bergelut meningkatkan usaha memerangi wabak pandemik COVID-19 dengan menjalani tempoh berkurung.

Berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan menunjukkan lebih 20,800 kematian telah direkodkan di 182 negara dan wilayah, setakat ini.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memberi amaran bahawa dunia perlu bekerjasama dalam menghentikan penularan COVID- 19, susulan bilangan jangkitan telah disahkan melonjak sehingga melepasi 450,000 kes.

“COVID-19 sedang mengancam seluruh manusia – dan seluruh manusia mesti melawan balik.

“Tindakan dan solidariti global adalah sangat penting. Tindak balas negara secara sendirian tidak akan mencukupi,” katanya.

Sepanyol menjadi negara paling terkesan selepas Itali, kerana mencecah lebih 3,400 kematian apabila 738 lagi mangsa meninggal dunia akibat virus itu dalam tempoh 24 jam lalu.

Manakala Itali dalam tempoh yang sama telah mencatat 683 kematian baharu yang menjadikan 7,503 angka korban dan jumlah tersebut adalah tertinggi berbanding negara lain, setakat ini.

Terdahulu di Washington, Presiden Donald Trump memberitahu akan berdepan ‘beberapa minggu mendatang yang sukar’ di mana Amerika Syarikat (AS) mencatat lebih 30,000 kes jangkitan.

Beliau berkata, akan membuat keputusan untuk menentukan sama ada kawasan yang tidak terjejas boleh kembali menjalani kehidupan seperti biasa, tidak lama lagi. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker