Berita PilihanBerita UtamaUtama

Kes COVID-19 dijangka meningkat: Muhyiddin

Kerajaan pertingkat fasiliti kesihatan termasuk ujian besar-besaran

PUTRAJAYA, 30 Rejab 1441H, Rabu – Menjangkakan wabak COVID-19, yang melanda dunia sekarang dengan Malaysia tidak terkecuali akan mengalami keadaan lebih sukar, mendorong kerajaan untuk meningkatkan kapasiti ujian saringan dalam skala lebih besar bagi membendung penularan wabak ini di negara ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu termasuklah ujian secara besar-besaran khususnya di kawasan yang berisiko tinggi.

“Kerajaan menjangkakan kes-kes baharu akan terus dicatatkan dalam masa yang terdekat. Oleh itu, Kementerian Kesihatan telah melakukan persiapan. Ini termasuk menyediakan 3,585 katil di 34 buah hospital di seluruh negara untuk menerima pesakit COVID-19.

“Pada masa ini, 34 peratus daripada kapasiti katil hospital telah digunakan, dengan baki 66 peratus lagi yang masih boleh menampung pesakit.

“Jika berlaku pertambahan jumlah kes positif COVID-19 melebihi kapasiti yang ada di hospital, beberapa tempat telah dikenal pasti untuk dijadikan pusat pengasingan dan kuarantin sementara,” katanya dalam Perutusan Khas yang disiarkan menerusi televisyen tengah hari ini. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker