Berita PilihanBerita UtamaUtama

COVID-19: Satu lagi kematian dicatatkan di Malaysia

Jadilah angka korban terkini kepada 17 orang: Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR, 30 Rejab 1441H, Rabu – Satu lagi pertambahan kes kematian baharu yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan, menjadikan kes kematian COVID-19 di Malaysia, 17 orang setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes kematian ke-17 (kes ke-1251) adalah seorang warganegara Malaysia berusia 66 tahun dengan latar belakang beberapa penyakit kronik.

“Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac, 2020. Keadaan beliau kritikal semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan seterusnya memerlukan bantuan pernafasan pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook beliau, pagi ini.

Dr Noor Hisham berkata, punca jangkitan COVID-19 mangsa masih dalam siasatan.

“Beliau disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac, 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 25 Mac, 2020, pukul 4.10 pagi,” katanya.

Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa, menurutnya. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker