Berita PilihanDuniaUtama

COVID-19: CR7 hulur derma, wujudkan ICU

Bantuan libatkan sumbangan 15 katil, ventilator, monitor, peralatan lain

LISBON, 30 Rejab 1441H, Rabu – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dan ahli perniagaan Jorge Mendes menyumbang dana untuk menjadikan sebahagian bangunan di Hospital Santo Antonio di Porto menjadi unit rawatan rapi (ICU), lapor agensi berita Xinhua pada Selasa.

“Ia membolehkan 15 katil disediakan, dilengkapi ventilator, monitor dan peralatan lain,” menurut Centro Hospitalar Universitario do Porto (CHUP).

CHUP berkata sebagai tanda penghargaan, unit baharu itu akan dinamakan sempena nama mereka.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Cristiano Ronaldo dan Jorge Mendes atas inisiatif yang amat bermakna itu,” kata pengerusi lembaga pengarah hospital Paulo Barbosa.

Portugal mencatatkan 2,362 kes COVID-19 dan 29 kematian.

Porto, hab ekonomi yang terletak di bahagian utara Portugal, paling teruk terjejas dengan 1,130 kes disahkan, separuh daripada jumlah keseluruhan kes.

Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa mengisytiharkan darurat bermula 18 Mac hingga 2 April. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker