Berita UtamaPendapatUtama

Apa dosa umat Islam kepada Malaysiakini, golongan liberal?

Sangup cetuskan kebencian, provokasi berhadap institusi Islam

APAKAH dosa dan jenayah umat Islam kepada Malaysiakini, penulis-penulis upahan, golongan liberal dan ahli-ahli politik yang kecewa kalah serta puak-puak politikus Vernakularis?

Di saat negara sedang berhempas pulas berganding bahu untuk menghadapi ujian dan wabak COVID-19, puak-puak di atas sewenang-wenangnya cuba mengganggu tumpuan semua pihak dengan isu-isu politik murahan dan mencetuskan kebencian dan provokasi berniat jahat terhadap umat Islam, NGO Islam dan institusi-institusi Islam.

Hati busuk, dengki, pengadu domba, antinasional, antiharmoni, pemecah belah, penghasut dan pemfitnah… inilah watak, karektor dan hakikat mereka yang abadi dan tidak pernah berubah sejak dari zaman berzaman lagi.

Siapa yang sedang melindungi mereka?

Siapa yang menjadi sutradara mereka?

Siapa yang menjadi benteng dan pembela mereka?

Siapa yang merekrut mereka?

Siapa yang membiayai dan mendanai mereka?

Bagaimanapun, umat, bangsa dan rakyat sedar bahawa mereka adalah para perajurit Iblis dan penyambung lidah-lidah syaitan, dari kalangan manusia dan jin.

Makhluk-makhluk dan spesis di atas sudah dimaklumi ciri-ciri mereka, di dalam al-Quran dan juga Hadis Nabi (SAW) serta melalui contoh-contoh yang telah dipersaksikan sepanjang sejarah umat Islam dan bangsa Melayu.

Kalau dahulu peperangan ini menggunakan pedang, bom dan senapang, hari ini senjata-senjata itu berupa media sosial – portal media, Twitter, Instagram, Facebook, blog dan seumpamanya.

Bentuk luaran boleh berubah tapi hakikat peperangan dan penentangan itu tetap sama.

Mereka hanya mewarisi keangkuhan, kesombongan dan kebongkakan Iblis.

Iblis tentu amat berbangga dengan mereka!

Muhammad Luttfi Abdul Khalid
Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker