AgamaBerita PilihanBerita UtamaUtama

Wahai jiwa, bertaubatlah

Perbuatan taubat penting bagi menolak bala

فإن الله قدَّر ما قدَّر من الحسنات والسيئات، وما ظهر من الفساد؛ ليرجع الناس إلى الحق، ويبادروا بالتوبة مما حرم الله عليهم،

ويسارعوا إلى طاعة الله ورسوله

Sesungguhnya Allah telah mentakdirkan kebaikan dan keburukan, serta apa-apa sahaja kerosakan yang timbul, bagi mengembalikan manusia kepada kebenaran, dan memberi peluang kepada mereka untuk segera bertaubat daripada apa yang telah Allah haramkan kepada mereka, serta bersegera untuk mentaati Allah dan Rasul-Nya.

قال تبارك وتعالى: {أَوَلاَ يَرَوْنَ أَنَّهُمْ يُفْتَنُونَ فِي كُلِّ عَامٍ مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ ثُمَّ لاَ يَتُوبُونَ وَلاَ هُمْ يَذَّكَّرُونَ}[التّوبَة: 126]. {يُفْتَنُونَ} أي: يختبرون بالسراء والضراء، وما يصيبهم من البلايا والأمراض، وبالأوامر والنواهي؛ ليرجعوا إلى الله، لكن واقع الكثير هو الغفلة وترك الرجوع إلى الله { ثُمَّ لاَ يَتُوبُونَ} أي: من ذنوبهم السالفة. {وَلاَ هُمْ يَذَّكَّرُونَ} أي: فيما يستقبل من أحوالهم، ويعرفون ما ينفعهم فيفعلونه وما يضرهم فيتركونه

Allah SWT berfirman : Adakah mereka tidak perasan bahawa mereka diuji pada setiap tahun, sama ada satu kali atau dua kali, namun mereka tidak pula bertaubat atau mengambil peringatan. (Surah At-Taubah : 126).

Yakni mereka diuji dengan kesenangan dan kesusahan, ditimpa bala bencana dan penyakit, serta suruhan dan larangan oleh Allah, kesemuanya itu bagi mengembalikan mereka kepada Allah SWT.

Namun kebanyakan daripada mereka terus hidup dalam kelalaian dan tidak pun kembali kepada Allah, (lalu mereka tidak pula bertaubat) yakni daripada dosa mereka yang lalu (dan mereka tidak pula mengambil peringatan) yakni daripada apa yang akan datang kepada perihal mereka, hingga mereka mampu melakukan perkara yang memanfaatkan mereka dan meninggalkan apa yang memudaratkan mereka. .

إن الكفر والمعاصي هما سبب كل بلاء وشر في الدنيا والآخرة، كما هو الحال في الأمم السابقة أصابهم العذاب والنكال، بالطوفان، والريح العقيم، والصيحة، والغرق، والخسف، وغير ذلك كله بأسباب كفرهم وذنوبهم. ومن أمثلة ذلك ما جاء في قوله تبارك وتعالى: {فَكُلًا أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ فَمِنْهُمْ مَنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُمْ مَنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُمْ مَنْ خَسَفْنَا بِهِ الأَرْضَ وَمِنْهُمْ مَنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ}[العَنكبوت: 40].

Sesungguhnya kekufuran dan maksiat adalah sebab bagi segala bala dan keburukan di dunia dan akhirat, sepertimana perihalnya terhadap umat-umat sebelum ini terhadap apa yang menimpa mereka berupa azab dan bencana, banjir besar dan angin taufan yang membinasakan, terbenam di dalam muka bumi dan seumpamanya.

Ia merupakan balasan atas sebab kekufuran dan dosa yang telah mereka lakukan. Ia seperti yang disebut oleh Allah SWT : “Setiap daripada mereka Kami balas dengan dosa yang mereka lakukan, di antara mereka ada yang Kami utuskan hujan batu, ada juga yang ditimpa suara yang kuat (hingga menyebabkan kematian – gempa bumi) dan ada juga yang ditenggelamkan oleh tanah, dan ada juga yang kami tenggelamkannya (di dalam laut). Adapun tidaklah Allah itu menzalimi mereka, tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri. – Surah Al-Ankabut : ayat 40.

لهذا أمر الله العباد بالتوبة والضراعة والافتقار إليه عند وقوع الفتن، وأنواع البلايا والرزايا من الأمراض، والجراح، والقتال، والزلازل، والريح العاصفة، وغيرها.

Oleh yang demikian, Allah menyuruh para hamba-Nya untuk bertaubat, menundukkan diri dan mempasrahkan diri kepada-Nya pada ketika berlakunya fitnah-fitnah (ujian-ujian) itu berupa bala bencana, wabak penyakit, peperangan, gempa bumi, ribut taufan dan seumpamanya.

قال سبحانه:{فَلَوْلاَ إِذْ جَاءَهُمْ بَأْسُنَا تَضَرَّعُوا وَلَكِنْ قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ}[الأنعَام: 43]. فبين جلَّ في علاه أن قسوة قلوبهم، وتزيين الشيطان لهم أعمالهم السيئة كل ذلك صدهم عن التوبة والضراعة والاستغفار، التي جعلها الله أسبابا لزوال المصائب والمصاعب.

Allah SWT berfirmah : “Alangkah baiknya sekiranya apabila datang kepada mereka azab Kami, mereka menundukkan diri (kepada Allah), tetapi hati mereka keras, dan syaitan menghiasi amalan mereka (hingga mereka rasa mereka sedang buat perkara yang betul)” – Surah Al-An’aam : ayat 43.

Allah SWT menerangkan bahawa kerasnya hati mereka, dan syaitan menghiasi amalan buruk mereka, kesemuanya itu menghalang mereka daripada bertaubat dan menundukkan diri serta beristighfar. Sedangkan perkara-perkara itulah yang telah Allah jadikan ia sebagai sebab untuk terangkatnya musibah dan kesusahan.

وقد ثبت عن الخليفة الراشد عمر بن عبدالعزيز رحمه الله؛ “أنه لما وقع الزلزال في زمانه كتب إلى عماله في البلدان، وأمرهم أن يأمروا المسلمين بالتوبة إلى الله والضراعة إليه، والاستغفار من ذنوبهم”[1]؛ وذلك من أجل تبديل الحال، وتغيير ما حلَّ بهم. كما قال سبحانه: {إِنَّ اللَّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ}[الرّعد: 11].

Diriwayatkan daripada Khalifah Umar Abd Aziz RHM bahawa : “Apabila berlakunya gempa bumi pada zamannya, beliau menulis kepada pekerja-pekerjanya di seluruh pelusuk negara (di bawah jajahan pemerintahannya), dan menyuruh mereka untuk meminta para umat Islam bertaubat dan tunduk kepada Allah SWT dan beristighfar daripada dosa-dosa mereka”.

Ini bertujuan bagi mengubah perihal mereka, dan mengangkat musibah yang menimpa mereka. Sepertimana yang Allah SWT berfirman : “Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum hinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka” – Surah Ar-Ra’d : ayat 11

فإن الله سبحانه بعدله وكرمه لا يسلب العبد نعمة وهبه إياها، أو يغير أحوال الناس إلا بعد أن يغير العباد أحوالهم، ونواياهم، وقلوبهم، وسلوكهم، وأوضاعهم، بل إن الله يزيد النعم لعبده، ويبقيها له متى ما عرف العبد ربه فأطاع وشكر، كما أنه سبحانه يسلبها منه، ويزيلها عنه، إن هو أنكر وبطر، وعصى وكفر.

Allah SWT dengan keadilan dan kepemurahan-Nya tidak pernah sekalipun mengambil kembali nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada hamba-Nya, ataupun mengubah perihal manusia, melainkan selepas mereka itu sendiri yang mengubah perihal keadaan, niat, hati, akhlak, dan seluruh kehidupan mereka.

Bahkan Allah SWT menambah nikmat-Nya kepada hamba-Nya, dan mengekalkannya, apabila dia mengenali Tuhannya dan mentaati-Nya serta menunaikan hak kesyukuran kepada-Nya. Demikianlah juga Allah SWT akan menarik kembali nikmat itu daripadanya, sekiranya dia mengingkari-Nya, sombong terhadap-Nya, dan kufur ke atas-Nya.

Ustaz Hj Muhd Rusdi Alias
Ketua Kluster Dakwah ISMA

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker