Berita UtamaPendapatUtama

COVID-19: MalaysiaKini, FMT berjaya perbodoh pembaca

Portal hilang etika kewartawanan apabila berniat jahat terhadap ISMA

LAPORAN Ismaweb.net bertarikh 9 JANUARI 2020 – https://www.ismaweb.net/…/isma-saman-kerajaan-mahuu-tutup-…/

Laporan  MalaysiaKini bertarikh 23 MAC 2020 – https://www.malaysiakini.com/news/516188 – Isma files legal challmenge over validity of vernacular schools

Laporan Free Malaysia Today (FMT) bertarikh 23 MAC 2020 – https://www.freemalaysiatoday.com/…/satu-lagi-kumpulan-fai…/

Saya tidak pasti yang mana satukah antara dua keadaan berikut yang lebih tepat – sama ada ketua pengarang atau wartawan Malaysiakini/FMT yang kebosanan kerana terpaksa duduk terperap dalam rumah.

Satu yang pasti pada pandangan saya ialah keengganan mereka (mungkin telah sebati agaknya) untuk mengamalkan etika kewartawanan secara jujur dan bertanggungjawab terhadap sesuatu fokus berita.

Barangkali Ketua Pengarang Malaysiakini/FMT sudah sesak dada memikirkan siapakah dan pihak manakah pula yang patut dijadikan sasaran portal berita itu dalam keadaan semua tumpuan sedang difokuskan kepada ancaman COVID-19.

Ataupun bekas wartawan New Straits Times yang kini menulis untuk Malaysiakini juga sedang mengalami kemurungan dan kebosanan, serta tenggelam punca untuk mencari tajuk berita yang boleh disensasikan.

ISMA juga yang menjadi tumpuan mereka, hehe.

Melaporkan suatu berita yang berusia 2 bulan 14 hari (9 Januari 2020) sebagai berita “terbaru” (23 Mac 2020) adalah satu bukti kemalasan mereka dan satu percubaan terdesak untuk memperbodohkan para pembacanya.

Seperti kebiasaannya, berkerumunlah para hulubalang siber berbayar, tentera-tentera Iblis dan para netizen bahlul (yang turut bosan kerana terperap di rumah) di ruangan komen dengan pelbagai komen yang lucu dan semakin menyerlahkan kebodohan mereka kepada seluruh dunia.

Suatu perkara yang pasti ialah Malaysiakini/FMT sudah hilang “moral bearings”nya dan etika kewartawanan mereka sudah diresapi oleh virus kebencian dan niat jahat terhadap pihak ISMA, yang berani membongkarkan agenda rasisme, cauvinisme dan keangkuhan penggerak-penggerak sekolah vernakular, yang ingin dipaksakan ke atas kerajaan dan masyarakat.

Tidak ada sebarang alasan atau rasional bagi MalaysiaKini melaporkan tentang satu berita yang berlaku 2 bulan setengah lepas.

Apakah motif mereka terhadap ISMA?

Ingin timbulkan kebencian masyarakat terhadap NGO Melayu Muslim yang berwibawa itukah?

Ingin mencetuskan provokasi murahankah?

ISMA yang menjadi sasaran tidak tergoyah sedikitpun dan tetap menfokuskan perhatian mereka kepada agenda untuk menyumbang ke arah pembangunan martabat masyarakat, dan terkini, dalam usaha-usaha untuk membantu barisan hadapan negara menghadapi ancaman COVID-19.

Saya percaya, ISMA tidak akan membalas dengan respon yang senada dengan Malaysiakini/FMT, kerana tindakan ini hanya akan meletakkannya sebaris dengan makam keceluparan kedua-dua portal berita itu.

They have better things to do.

Diharapkan Ketua Pengarang dan wartawan Malaysiakini berkenaan tidak cuba memperbodohkan rakyat tentang ancaman COVID-19, sepertimana mereka cuba (dan berjaya) memperbodohkan pembaca mengenai ISMA.

Baru masuk hari kelima pun sudah gelabah wartawan Malaysiakini/FMT dan Ketua Pengarangnya.

Kita nasihatkan mereka supaya tukarkan dan penuhilah tempoh kuarantin anda dengan Qur’an-Time. Mana tahu, kebosanan itu bisa digantikan dengan cahaya yang menyinari hidup mereka.

#QuranTimeDuringQuarantine
#KebosananBukanAlasan
#AdaMalaikatPencatitKataBicara

Mohd Lutfi Abdul Khalid

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker