Berita UtamaDuniaUtama

China lapor 78 kes baharu COVID-19

Majoriti kes jangkitan baharu datang dari luar negara

BEIJING, 29 Rejab 1441H, Selasa – China melaporkan 78 kes baru COVID-19, hari ini dengan majoriti kes dibawa dari luar negara, ketika kebimbangan terhadap gelombang kedua jangkitan meningkat.

Kes pertama yang baharu, dilaporkan berlaku di Wuhan – pusat di mana virus itu muncul tahun lalu – bersama-sama dengan tiga lagi jangkitan domestik di daerah lain di negara itu.

Suruhanjaya Kesihatan Negara berkata, tujuh orang mati, semua di Wuhan.

Hampir semua jangkitan baru di China telah dibawa masuk dari luar negara, dan Beijing kini semakin cemas mengenai keadaan semasa.

Ini kerana, selama tiga hari berturut-turut tiada kes jangkitan baharu dalam negara atau domestik dicatatkan di seluruh China, justeru menimbulkan kebimbangan apabila terdapat kes baharu dilaporkan.

Di kala negara-negara di seluruh dunia berperang dengan pandemik itu, yang kini telah membunuh lebih daripada 16,000 orang di seluruh dunia, jumlah kes yang diimport di China meningkat kepada 427.

Media negara republik itu turut memberi amaran, hari ini mengenai gelombang kedua jangkitan, bahkan Global Times pada muka hadapannya berkata bahawa ‘langkah kuarantin yang tidak mencukupi bermakna kemungkinan besar akan ada gelombang kedua jangkitan, bahkan tidak dapat dielakkan lagi.’

Kini terdapat lebih 81,000 kes di China, dan angka kematian telah mencapai 3,277.

Sementara negara itu cuba untuk mengawal kes-kes yang diimport, terdapat tanda-tanda normalisasi yang bermula kembali ke Wuhan dan wilayah Hubei di sekelilingnya, di mana kira-kira 56 juta orang sebelum ini berada di bawah kawalan pada bulan Januari.

Sekatan perjalanan dan kerja di wilayah itu telah beransur-ansur diangkat dan Presiden China, Xi Jinping telah pun membuat lawatan pertamanya ke Wuhan awal bulan ini.

Malah, penduduk Wuhan yang dianggap sihat kini boleh bergerak di sekitar bandar dan menggunakan pengangkutan awam jika mereka menunjukkan identifikasi, dan mereka juga boleh kembali bekerja jika mereka mempunyai permit daripada majikan mereka. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker