Agama

Kisah hebat Bilal bin Rabah

Tabah berhadapan dengan ujian dan seksaan yang sangat luar biasa

SAIDINA Bilal Bin Rabah radiallahu’anhu adalah seorang sahabat yang masyhur yang sentiasa menjadi juru azan di Masjid Nabawi di Madinah. Pada mulanya, beliau adalah seorang hamba kepada seorang kafir, kemudian beliau telah memeluk Islam. Oleh sebab itu, beliau telah diseksa dengan pelbagai cara.

  • Umayyah Bin Khalaf yang merupakan musuh Islam yang ketat telah membaringkan Bilal secara telentang di atas pasir yang panas membakar sambal dijemur kepada matahari di musim panas (Suhu di Madinah biasanya 45’C, atau lebih lagi). Dia juga meletakkan batu yang besar ke atas dada Bilal supaya beliau tidak dapat bergerak. Dia berkata, “Matilah kamu dalam keadaan ini. Jika kamu mahu hidup, tinggalkan Islam”.

Namun dalam keadaan itu pun, Bilal masih berkata,”Ahad! Ahad!”, yang membawa maksud hanya Allah Tuhan yang satu yang layak disembah.

  • Di malam hari, Bilal diikat dengan rantai dan disebat degan cemeti. Di siang hari esoknya, beliau akan dibaringkan di atas permukaan tanah yang panas supaya luka-luka itu bertambah teruk agar beliau meninggalkan Islam kerana tidak dapat menanggung penderitaan itu atau pun mati terseksa.

Abu Jahal dan Umayyah Bin Khalaf serta ramai yang lain bergilir-gilir menyeksa beliau. Setiap daripada mereka akan berusaha menyeksa beliau sehingga mereka akan keletihan.

  • Bilal juga telah diseksa dengan sekeras-keras ujian lain. Bliau pernah diserahkan kepada budak-budak nakal untuk diseksa dan diarak di sekeliling Madinah tetapi beliau hanya bertahan dengan berkata,“Ahad ! Ahad !”.

Saidina Abu Bakar radiallahu’anhu yang mengetahui dan melihat Bilal yang diseksa telah membeli dan membebaskan Bilal.

Orang Arab Jahiliyyah adalah penyembah berhala dan percaya bahawa berhala juga adalah ma’bud (tuhan yang disembah). Islam menentang amalan mensyirikkan Allah atau bertuhankan kepada tuhan atau tuhan-tuhan selain daripadaNya dan mengajarkan Tauhid.

Inilah gambaran cinta dan rindu Bilal kepada Allah SWT sehingga beliau tabah berhadapan dengan ujian dan seksaan yang sangat luar biasa untuk dilalui oleh manusia kebanyakankan. Hebat sungguh keimanan Bilal Bin Rabah.

Kehebatan yang ada pada Bilal menyebabkan beliau telah dilantik menjadi juru azan di Masjid Nabawi, Madinah. Tugas untuk melaungkan azan sentiasa diserahkan kepada Bilal sama ada ketika bermukim mahu pun ketika bermusafir.

Setelah Nabi SAW wafat, sukar lagi berat hatinya untuk beliau terus tinggal di Madinah dengan melihat tempat Baginda yang telah kosong. Beliau bertekad untuk menghabiskan saki baki hidupnya dengan jihad. Lantaran itu beliau keluar untuk menyertai jihad dan tidak pulang ke Madinah untuk satu tempoh yang lama.

Pada suatu malam, Bilal telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW. Baginda telah bertanya,” Bilal! Apakah yang menyebabkan engkau tidak pernah datang kepadaku?”.

Setelah terjaga dari tidur, Bilal terus pergi ke Madinah. Saidina Hassan dan Husain, cucu Rasulullah SAW telah memohon agar beliau melaungkan azan. Permintaan daripada kedua-dua orang yang dikasihi bukanlah satu perkara yang boleh ditolak. Beliau pun mula melaungkan azan sepeti di zaman Nabi SAW.

Maqam Bilal Bin Rabah di Damsyik, Syria

Sebaik sahaja suara beliau sampai ke pendengaran penduduk kota Madinah, maka berhamburanlah air mata mereka, sehingga para wanita pun keluar dari rumah masing-masing dalam keadaan menangis. Setelah beberapa hari di Madinah, beliau pun pulang dan meninggal dunia pada tahun 20 hijrah di Damsyik, Syria.

Masyallah! Hebatnya keimanan Bilal, seorang hamba yang mulia yang telah melalui pelbagai ujian dan siksaan yang dahsyat kerana cintanya kepada Allah dan Rasulullah SAW dan mengabdikan keseluruhan hidupnya untuk memertabatkan agama yang mulia ini.

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Bilal Bin Rabah merupakan salah seorang daripada 10 sahabat Nabi SAW yang telah diberikan jaminan syurga tatkala mereka masih lagi hidup.

Subhanallah, alhamdulillah, allah akbar !

Bacaan lanjut :

Kelebihan Melaungkan Azan :

Banyak hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan keutamaan azan.

  • Pahala orang yang mengumandangkan azan adalah begitu besar. Rasulullah SAW pernah menyebutkan, jika semua orang mengetahui besarnya pahala mengumandangkan azan, niscaya mereka akan berebut agar dapat jatah mengumandangkan azan meskipun dengan berbagai cara.

Hal ini disebutkan Imam Bukhari dan Muslim dalam sebuah hadith :

 لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِى النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأَوَّلِ ، ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلاَّ أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاَسْتَهَمُوا

Maksudnya, “Seandainya orang-orang mengetahui pahala yang terkandung pada azan dan shaf pertama, kemudian mereka tidak mungkin mendapatkannya kecuali dengan cara mengadakan undian atasnya, niscaya mereka akan melakukan undian,” (HR Bukhari dan Muslim).

  • Dijanjikan keampunan oleh Allah SWT. Salah satu janji Allah bagi seorang muadzin adalah ia akan dimintakan ampun oleh seluruh benda yang ada di bumi.

 الْمُؤَذِّنُ يُغْفَرُ لَهُ بِمَدِّ صَوْتِهِ وَيَشْهَدُ لَهُ كُلُّ رَطْبٍ وَيَابِسٍ

Maksudnya,“Muadzin diampuni sejauh jangkauan azannya. Seluruh benda yang basah maupun yang kering yang mendengar azannya memohonkan ampunan untuknya,” (HR Ahmad).

  • Seluruh benda yang mendengar azan siap menjadi saksi bagi seorang muadzin di Hari Kiamat nanti. Hal ini diungkapkan Abu Ya’lam dalam sebuah hadith bahawa seluruh jin, manusia, batu, bahkan pohon akan menjadi saksi bagi muadzin di Hari Kiamat.

 لا يَسْمَعُ صَوْتَهُ جِنٌّ وَلا إِنْسٌ وَلا حَجَرٌ وَلا شَجَرٌ إِلا شَهِدَ لَهُ

Maksud,“Tidaklah azan didengar oleh jin, manusia, batu dan pohon kecuali mereka akan bersaksi untuknya,” (HR. Abu Ya’la).

Dalam riwayat Ibnu Khuzaimah juga dijelaskan hadits yang sama.

 لَا يَسْمَعُ صَوْتَهُ شَجَرٌ وَلَا مَدَرٌ وَلَا حَجَرٌ وَلا جِنٌّ وَلا إِنْسٌ إِلا شَهِدَ لَهُ

Maksud, “Tidaklah suara azan didengar oleh pohon, lumpur, baru, jin dan manusia, kecuali mereka akan bersaksi untuknya,” (HR Ibnu Khuzaimah).

  • Rasulullah SAW mendoakan seluruh orang yang melaungkan azan. Dalam hadits riwayat Ibnu Hibban, Rasulullah SAW secara khusus meminta ampunan untuk muadzin.

 فَأَرْشَدَ اللَّهُ الْأَئِمَّةَ وَ غَفَرَ لِلْمُؤَذِّيْنَ

Maksudnya, “Semoga Allah meluruskan para imam dan mengampuni para muadzin” (HR. Ibnu Hibban).

Naib Presiden Ikatan Muslim Malaysia (ISMA)
Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin

Penafian: Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker