Berita UtamaIstimewaUtama

Iktiraf UEC masuk PISMP buka ruang Dong Zong tuntut ‘lebih’

Jangan gadai perpaduan nasional yang jadi agenda pendidikan negara

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 26 Rejab 1441H, Sabtu – Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) hanya akan menimbulkan konflik dalam kalangan rakyat, apatah lagi dasar yang dilaksana jelas melanggar Akta Pendidikan negara.

Walaupun pengambilan khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi calon laluan khas UEC sudah dilaksanakan sejak 2011 – ketika pentadbiran Barisan Nasional – kerajaan baharu diketuai Tan Sri Muhyiddin Yasin digesa untuk mengkaji semula pelaksaan berkenaan.

Ketua Wanita BERJASA, Azizah Che Awang bimbang jika pengambilan itu membuka peluang kepada pejuangnya, Dong Jiao Zong (Dong Zong) menuntut pelbagai perkara, termasuk membenarkan lulusan UEC ke proram lain di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Kenapa Dong Zong beriya benar supaya Kementerian Pendidikan (KPM) mengiktiraf UEC, sedangkan sistem pendidikan negara sudah ada SPM dan STPM sebagai syarat kemasukan ke IPT.

“Apa kurangnya SPM dan STPM, dan apa kelebihan UEC? Saranan saya, telusurilah sejarah dan ambil ibrah daripadanya. Jangan gadaikan perpaduan nasional yang merupakan matlamat utama pendidikan negara.

“Justeru, Wanita BERJASA berharap KPM di bawah menteri baharu, Dr Mohd Radzi Md Jidin akan bersikap tegas dan tidak bertolak ansur dengan tuntutan Dong Zong yang rasis serta antinasional ini,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

KPM sebelum ini mengeluarkan iklan pengambilan khas PISMP dengan kepujian bagi calon laluan khas untuk pelajar lepasan UEC.

Malah, terdapat poster dikeluarkan dengan kapsyen calon lepasan UEC, SMA dan SMU berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2020 layak untuk memohon PISMP.

UEC adalah sebuah silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan. Pengiktirafan UEC bercanggah dengan Dasar Pendidikan dan Akta Pendidikan 1996.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker