Berita UtamaKomuniti

Apa patut buat apabila tak keluar rumah?

Ada suatu alam lebih luas daripada apa yang kita boleh lihat

ADA orang tanya soalan, apa yang patut kita buat jika tak boleh keluar rumah?

Saya jawab, diri kita sekiranya kita pandang dari sudut material, memang kita sentiasa terkurung. Hatta kalau kita keluar rumah pun kita akan terkurung. Terkurung dengan pancaindera kita sendiri.

Allah SWT bagi peluang untuk kita terokai diri kita, dengan Dia kurung kita, untuk kita fahami bahawa dalam diri ini ada suatu alam yang lebih luas daripada apa yang kita boleh lihat dan nampak.

Kebanyakan ulamak menyiapkan penulisannya yang hebat apabila mereka bersendirian dan ‘terkurung’ daripada dunia luar. Imam As-Sarakhsi menulis kitab Al-Mabsut ketika terjatuh dalam perigi. Imam Ibn Qayyim menulis kitab Zadul Maad ketika dalam perjalanan dari Syam ke Mekkah untuk menunaikan haji.

Imam Khalil (penulis Mukhtasar Khalil dalam Mazhab Maliki) menulis kitabnya Mukhtasar Khalil dalam Masjid Al-Azhar dan tidak keluar hatta ke Sungai Nil pun selama 20 tahun. Penulis Zilal menulisnya dalam penjara, dan begitulah seumpamanya.

Diri kita mempunyai alam yang tersendiri. Kita adalah kesimpulan alam ini. Jika kita masih menanti-nanti untuk melihat dunia luar bagi memuaskan hati dan jiwa, hakikatnya kita masih jauh dalam perjalanan ‘mengenali diri’, dan masih jauh, dalam mengenali Ilahi.

Ustaz Ahmad Syamil Esa
Ahli Majlis Ulama Isma (MUIS)

Penafian: Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker