Berita UtamaUtama

Wisma Putra bantu rakyat Malaysia terkandas di India

Hishammuddin nafi tindakan New Delhi ada kaitan keputusan kerajaan

BANGI, 23 Rejab 1441H, Rabu – Wisma Putra akan membantu rakyat Malaysia yang terkandas dan menghadapi masalah untuk mendapatkan penerbangan pulang dari India, susulan keputusan kerajaan berkaitan penularan wabak COVID-19.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihaknya telah berhubung dengan perwakilan Malaysia di sana dan Wisma Putra melalui pasukan petugas COVID-19 yang sedang meneliti usaha membantu mencari penyelesaian bagi mereka yang ingin pulang ke tanah air.

Beliau turut menafikan dakwaan seorang pegawai pihak berkuasa India menerusi sebuah video tular kerana mengaitkan tindakan di sana susulan keputusan kerajaan Malaysia.

“Di bawah #PerintahKawalanPergerakan, sememangnya rakyat kita dibenar pulang ke tanah air.

“Mereka hanya dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari selepas pulang,” kataya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata, Wisma Putra akan membantu walaupun ia diluar bidang kuasa kerana perlu bergantung kepada budi bicara kerajaan luar untuk memberi kebenarakan kepada rakyat Malaysia pulang.

“Diharapkan mereka yang terkandas bertenang. Kepimpinan tertinggi Malaysian Indian Congress (MIC) juga telah menghubungi saya dan berikrar untuk bantu secara langsung – InsyaAllah ada jalan penyelesaian,” katanya.

Rakyat Malaysia di India boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi atau Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai atau Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai, katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close