Berita UtamaDunia

Kakitangan kementerian, anak antara 6 korban letupan di Istanbul

Penyerang wanita bertindak letupkan bom di pusat beli belah terkenal

ISTANBUL, 19 Rabiulakhir 1444H, Isnin – Kakitangan Kementerian dan Perkhidmatan Sosial Turkiye dan anak perempuannya antara enam mangsa yang terkorban dalam serangan keganasan di Istanbul, semalam.

Kejadian letupan yang berlaku di sebuah pusat membeli-belah terkenal, Istiklal Avenue itu turut menyebabkan kira-kira 81 yang lain cedera, termasuk dua daripadanya dilaporkan kritikal.

Difahamkan Yusuf Meydan – kakitangan Kementerian Keluarga dan Perkhidmatan Sosial – bersama anak perempuannya, Ecrin antara yang terbabit dalam insiden berkenaan.

Menterinya, Derya Yanik menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, dan turut menyifatkan kejadian itu sebagai perbuatan khianat.

Menerusi kenyataan di Twitter, beliau terkejut sebaik mengetahui kakitangan kementeriannya antara yang terbabit dalam kejadain berkenaan.

Terdahulu, Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya berkata, kejadian menggemparkan itu berlaku di Istiklal Street, di kawasan Dataran Taksim pada jam 4.20 petang waktu tempatan apabila seorang penyerang wanita bertindak meletupkan bom dan tindakan itu dianggap sebagai perbuatan pengganas.

Setakat ini, pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar letupan berkenaan, yang turut dirakam saksi dan ditularkan menerusi media sosial sejurus kejadian.

Jumlah sebenar mangsa yang terkorban dan cedera akibat letupan bom itu masih dalam siasatan dan belum dikeluarkan secara rasmi oleh pihak berkuasa Turkiye. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button