Berita UtamaUtama

Elok bubar Parlimen, pemimpin politik sudah perlekeh Agong

Mereka jadikan pertemuan peribadi Baginda dengan setiap MP sia-sia

BANGI, 5 Rejab 1441H, Sabtu – Pemimpin elit parti politik bukan sahaja mempermainkan undi rakyat, malah mereka kini seolah-olah memperlekeh Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (Berjasa), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, Agong telah mengambil langkah untuk menyelesaikan kemelut politik susulan perletakan jawatan Tun Dr Mahahir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan penarikan diri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, ‘pemimpin-pemipin ini’ beberapa kali mengubah pendirian selepas selesai perjumpaan secara peribadi antara Baginda dan setiap Ahli parlimen yang mengambil masa dua hari.

Malangnya, pemimpin elit parti politik tidak menghormati proses itu dengan membuat beberapa perisytiharan yang berolak-alik, sekali gus menjadikan seolah-olah usaha pertemuan peribadi Baginda dengan setiap Ahli Parlimen sebagai sia-sia.

“Mereka seperti memperlekeh SPB YDP Agong, apabila beberapa kali mengubah pendirian, justeru, eloklah dibubarkan Parlimen. Rakyat tidak bodoh dan tidak mahu diperbodohkan,” katanya.

Pagi ini, PH membuat perubahan dengan mencalonkan semula Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri kelapan.

Sebelum ini, PH memutuskan menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Majlis Presiden Pakatan Harapan menerusi kenyataan media hari ini, memaklumkan PH menyokong penuh Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri demi mempertahankan perjuangan.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut yakin mempunyai angka mencukupi untuk memperoleh sokongan majoriti di Dewan Rakyat bagi dilantik sebagai Perdana Menteri.

Kerajaan PH – yang hanya bertahan satu tahun lapan bulan – akhirnya tumbang selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Isnin lalu.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close