Berita UtamaUtama

Tun M, Muhyiddin berperang?

Kenyataan Presiden bercanggah dengan Pengerusi Bersatu

BANGI, 5 Rejab 1441H, Sabtu – Kenyataan bercanggah yang dikeluarkan dua pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menimbulkan tanda tanya sama ada parti itu sedang menghadapi krisis kepimpinan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Presiden parti itu hari ini, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengesahkan memangku jawatan Pengerusi Bersatu berikutan peletakan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu.

“Menurut fasal 16.9 Perlembagaan Bersatu, jika Pengerusi berhenti atau diberhentikan, maka Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk Pengerusi baharu.

“Bersatu belum mengadakan pemilihan untuk memilih Pengerusi baharu. Justeru, saya selaku Presiden memangku jawatan Pengerusi Bersatu sehingga pemilihan diadakan kelak,” katanya.

Kenyataan itu bagaimanapun dilihat bercanggah dengan pengumuman dilakukan Dr Mahathir yang mengesahkan menerima semula pelantikan sebagai Pengerusi Bersatu, Khamis lalu melalui satu kenyataan akhbar oleh Setiausaha Agung parti itu, Datuk Marzuki Yahya.

Marzuki Yahya sekali lagi mengeluarkan kenyataan media dengan menyertakan sekali Fasal 16.2 perlembagaan parti mengenai tugas-tugas pengerusi hari ini selepas kenyatan dikeluarkan Muhyiddin.

Beliau berkata, menurut perlembagaan Bersatu, seorang pengerusi bertanggungjawab untuk menjadi pemimpin utama bagi menjamin kelancaran perjalanan keseluruhan pentadbiran serta dasar parti, selain memanggil dan mempengerusikan mesyuarat.

“Maka selari dengan prinsip rule of law dan perlembagaan parti, satu-satunya individu yang mempunyai kuasa mutlak memimpin parti ialah Pengerusi Bersatu, iaitu Dr Mahathir.

“Oleh yang demikian segala tindak-tanduk dan arah parti adalah tertakluk kepada keputusan Dr Mahathir sebagai pengerusi Bersatu,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close