Berita UtamaUtama

Peletakan jawatan Tommy kemenangan rakyat Malaysia

Bekas AG perlu dibawa ke muka pengadilan atas segala kerosakan

BANGI, 4 Rejab 1441H, Jumaat – Keputusan Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara adalah satu kemenangan buat rakyat Malaysia.

Tommy sebelum ini telah memperkotak-katikkan kedaulatan undang-undang sepanjang memegang jawatan itu, kata Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya.

“Alhamdulillah, akhirnya saat yang kita nanti-nantikan sudah tiba. Tommy letak jawatan sebagai Peguam Negara.

“Bagaimapun, terlalu banyak kerosakan yang telah berlaku kerana manusia dilantik menjadi Peguam Negara.

“Antara yang terbesar ialah kes pembunuhan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dan kes kumpulan pengganas antarabangsa LTTE (Harimau Pembebasan Tamil Eelam),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tommy menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Beliau dilantik menyandang jawatan itu pada 4 Jun 2018 bagi tempoh dua tahun dan sepatutnya berakhir Jun depan.

Tommy Thomas berdepan ‘kontroversi’ apabila ramai pihak mendesak beliau meletak jawatan kerana didakwa tidak adil dan bersikap berat sebelah.

Minggu lalu, Tommy melalui Jabatan Peguam Negara membuat keputusan menghentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki termasuk 2 ADUN DAP, yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas LTTE.

Sebelum ini, Tommy juga dikaitkan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, apabila didakwa menghina mahkamah dan menyalahi prinsip perundangan inkues.

Beliau secara tidak bertanggungjawab dan subjudis telah membuat satu afidavit dengan menyatakan pendirian awal mengenai punca kematian Adib.

Mengulas lanjut, Haji Aminuddin yang juga Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa supaya segala kerosakan yang dilakukan oleh Tommy tidak dilupakan begitu sahaja dan bukan untuk dikenang.

“Sebaliknya Tommy perlu dibawa ke muka pengadilan untuk dibicarakan.

“Saya berharap Peguam Negara yang akan menggantikan Tommy selepas ini adalah dari kalangan muslim yang berwibawa, berintegriti dan bebas dari pengaruh mana-mana parti politik,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close