Berita UtamaUtama

Hasni angkat sumpah MB Johor

Pelantikan Menteri Besar ketiga dalam tempoh kurang 3 tahun

JOHOR BAHRU, 4 Rejab 1441H, Jumaat – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-18 di Istana Bukit Serene, hari ini.

Hasni, 61, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor turut menyandang jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Johor.

Memetik laporan Berita Harian, Hasni menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-17 pada 14 April, 2019.

Terdahulu pada Rabu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertemu dengan 54 ADUN Johor bagi mengetahui siapa pilihan mereka, susulan keluarnya Bersatu daripada Pakatan Harapan (PH) pada Isnin lalu, sekali gus menjadikan Johor, kerajaan tergantung.

Ini adalah pelantikan Menteri Besar Johor yang ketiga dalam tempoh kurang tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 9 Mei 2018.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close