Berita UtamaUtama

Bersatu calonkan Muhyiddin PM kelapan

Keputusan dicapai bersama 36 Ahli Dewan Rakyat Bersatu

BANGI, 4 Rejab 1441H, Jumaat – Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) hari ini mencalonkan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Setiausaha Bersatu, Datuk Wira Marzuki Yahya berkata, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah dilantik menyandang jawatan itu untuk diperkenan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Keputusan ini dicapai sebulat suara dalam mesyuarat Bersatu hari ini, bersama-sama 36 Ahli Dewan Rakyat parti berkenaan,” katanya.

Istana Negara dalam satu kenyataan hari ini akan memberi peluang kepada parti-parti politik yang mempunyai wakil di Dewan Rakyat untuk mencalonkan nama bakal Perdana Menteri.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, pihak Istana akan berhubung dengan ketua-ketua pimpinan parti politik.

Terdahulu, Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak bersetuju mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH.

Kenyataan PH itu hadir kira-kira sejam selepas Dr Mahathir Mohamad mendedahkan punca beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close