Berita PilihanDuniaUtama

OIC mahu India ambil tindakan dalang keganasan di New Delhi

Kematian meningkat kepada 34 orang, lebih 200 dilaporkan cedera

NEW DELHI, 3 Rejab 1441H, Khamis – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Khamis menggesa kerajaan India mengambil tindakan terhadap dalang di sebalik keganasan yang tercetus di New Delhi yang meragut lebih 30 nyawa.

Dalam satu kenyataan, pertubuhan beribu pejabat di Jeddah yang mewakili 57 negara itu turut mengutuk keganasan tersebut.

Sementara itu, angka kematian meningkat kepada 34 dan lebih 200 dilaporkan cedera dalam kekacauan yang tercetus susulan kontroversi mengenai Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA).

Mangsa yang cedera dirawat di Hospital Guru Teg Bahadur.

Rusuhan itu turut menyebabkan penduduk berada dalam ketakutan.-Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker