Berita UtamaUtama

COVID-19: Iran catat 3 lagi kematian

Jadikan angka korban seramai 22 orang, 2 kes baharu direkod

TEHRAN, 3 Rejab 1441H, Khamis – Tiga lagi pesakit COVID-19 meninggal dunia di Iran dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan angka korban seramai 22 orang, lapor agensi berita Sputnik.

Pada Selasa, terdapat 139 kes disahkan dengan 19 kematian.

Sehingga 10 pagi Rabu (06:30 GMT), dua kes baharu direkodkan dengan 54 pesakit lagi pulih dan jumlah kematian seramai 22 orang, memetik agensi berita IRNA pada Rabu.

Sebanyak 20 wilayah di Iran terjejas dengan wabak COVID-19.

Pada Selasa, pihak berkuasa memutuskan untuk mengenakan sekatan ke atas mereka yang menunjukkan gejala penyakit yang mempunyai kaitan dengan virus itu.

Menteri Kesihatan Saeed Namaki berkata, pasukan khas akan ditempatkan di bandar raya yang sibuk untuk menjalankan saringan kesihatan terhadap mereka yang memasuki bandar raya berkenaan. Mereka yang disyaki dijangkiti COVID-19 akan dikuarantin selama 14 hari.-Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker