Berita UtamaUtama

Anwar dipercayai hadir mesyuarat tergempar PH

Ditemani isteri meninggalkan kediaman pada jam 8.40 malam

KUALA LUMPUR, 3 Rejab 1441H, Khamis – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan kediamannya di Bukit Segambut Dalam, di sini pada jam 8.40 malam tadi dipercayai untuk menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Sinar Harian melaporkan Anwar keluar ditemani isterinya yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Mereka menaiki kenderaan Lexus berwarna hitam dengan diiringi empat kenderaan.

Usaha wartawan mendapatkan pengesahan lokasi mesyuarat itu daripada beliau gagal apabila Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan enggan bercakap dengan media.

Namun berdasarkan maklumat yang diterima pihak media, mesyuarat itu diadakan di Hotel Eastin, Petaling Jaya iaitu lokasi sama beliau menghadiri mesyuarat bersama Ahli Parlimen PKR tengah hari tadi.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close